Skip to main content
MPOGCF hari ini telah menerima kunjungan hormat dari En. Bhargav Sriganesh, Setiausaha Pertama (Politik), Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.
En. Bhargav Sriganesh telah diterima dan diraikan oleh Pengurus Besar MPOGCF, En. Zamakhshari bin Muhammad.
Semasa kunjungan, En. Bhargav Sriganesh telah diperkenalkan kepada tujuan penubuhan dan operasi MPOGCF, program pemuliharaan yang telah dan sedang dijalankan, serta usaha untuk menangani isu dan menangkis tuduhan yang tidak benar berkaitan industri minyak sawit Malaysia.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Encik Bhargav Sriganesh dan Suruhanjaya Tinggi Singapura kerana sudi meluangkan masa untuk melawat MPOCGF.