Skip to main content

6 Feb 2024: MPOGCF menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pentadbiran dan Hal Ehwal Kerajaan, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (Malaysia Palm Oil Association), Ramzuz Mohd Rashid.
Perbincangan yang dipengerusikan Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud, lebih menjurus usaha-usaha bagi meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk kebaikan industri minyak sawit Malaysia di peringkat global.

Dalam perbincangan kira-kira dua jam itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi tumpuan kepada projek-projek konservasi yang memberi impak secara langsung dengan pihak industri.
MPOA turut disertai Pengurus Kanan Kemampanan, Penyelidikan dan Pembangunan, Shreen Xaviar.
MPOA dianggotai 120 syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit termasuk di Sarawak dan Sabah.