Skip to main content
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) menerima kunjungan hormat daripada wakil Boustead Plantations Berhad (BPB) di pejabat MPOGCF di Petaling Jaya pada 20 Oktober 2022.
Dalam kunjungan itu, BPB yang diwakili Pengurus Jabatan Keselamatan dan Kemampanan, Amrul Nizam Abd Ghani mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pemuliharaan dan Jabatan Komunikasi Korporat MPOGCF yang dipengerusikan Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Ahmad Shahdan Kassim.
MPOGCF membentangkan latar belakang organisasi dan projek serta inisiatif pemuliharaan biodiversiti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dengan kerjasama pemain-pemain industri sawit, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan.
Perbincangan juga menjurus kepada peluang kerjasama antara kedua-dua pihak bagi inisiatif pemuliharaan biodiversiti di kawasan perladangan kelapa sawit BPB, khususnya di Sabah dan Terengganu.
MPOGCF amat mengalu-alukan pemain industri sawit, khususnya syarikat perladangan besar dan sederhana untuk bekerjasama menerusi program pemuliharaan hijau sebagai salah satu strategi bagi menangkis serangan terhadap industri sawit Malaysia.