Skip to main content
Bengkel Semakan Semula Buku Panduan Spesifikasi Peralatan Dan Penyelenggaraan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) telah berlangsung pada 3 hingga 7 Mac 2024 bertempat di Raia Hotel Alor Setar, Kedah. Majlis penutup bengkel ini telah dirasmikan oleh Dato Fakhrul Hatta Bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Bengkel ini dihadiri oleh kakitangan MPOGCF, wakil PERHILITAN, ⁠Sime Darby Plantations, Felda dan YP Plantation Holding.
Bengkel tajaan MPOGCF ini merupakan antara komitmen yayasan terhadap National Elephant Conservation Action Plan 2.0. Bengkel kali ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini Maklumat Manual SPEG dan sesi perkongsian teknologi sistem pagar elektrik yang digunakan syarikat perladangan. Dalam masa yang sama tetamu dibawa pergi ke lawatan tapak ke Model Sistem Pagar Elektrik Mudah Alih dan lawatan tapak ke Projek Inovasi Pengawasan & Papan Tanda PERHILITAN.