Skip to main content
MPOGCF mengadakan lawatan kerja Al-Sultan Abdullah Royal Tiger Reserve (ASARTR), Ulu Tembeling, Pahang, Malaysia pada 27 Oktober 2026.
ASARTR merupakan kawasan yang dikhususkan untuk pemuliharaan Harimau Malaya serta perlindungan habitat hidupan liar.
Lawatan kerja ini bertujuan mendapatkan pendedahan secara langsung tentang ASARTR serta usaha pemuliharaan habitat dan hidupan liar selain meningkatkan pemahaman tentang pengurusan habitat dalam menyokong keperluan dan kelangsungan hidupan liar.
Lawatan ini juga bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman untuk menyokong dan memperkukuhkan usaha pemuliharaan biodiversiti.
Selain MPOGCF, lawatan kerja ini turut disertai wakil daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), YP Hevea Berhad dan Perbadanan Taman Negeri Pahang.
MPOGCF berharap lawatan kerja ini menjadi platform untuk memperluas pengetahuan lapangan dan memperkukuh kesedaran tentang kepentingan pengurusan habitat dalam menyokong kelangsungan biodiversiti khususnya dalam lanskap sawit di Malaysia.