Skip to main content
Projek Pembangunan Laman Konservasi dan Pendidikan Taman Botani Kuala Terengganu.
MALAYSIAN Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menandatangani Perjanjian Persetujuan (MOA) bagi Projek Pembangunan Laman Konservasi dan Pendidikan Taman Botani Kuala Terengganu.
Majlis MOA ini diadakan selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 31 Mac 2022.
MPOGCF diwakili Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, YBHG Dato’ Haji Mustafa Ali dan MBKT diwakili Datuk Bandar, YBrs Tuan Haji Rozali Salleh.
Projek Pembangunan Laman Konservasi dan Pendidikan Taman Botani Kuala Terengganu akan dibangunkan di kawasan seluas 30 ekar yang terletak Bukit Pak Apil, di tengah-tengah pusat bandar.
MPOGCF memperuntukan pembiayaan sebanyak RM980,000 untuk projek ini yang merupakan projek konservasi taman botani dan pendidikan pertama yang mendapat tajaan sepenuhnnya daripada industri minyak sawit Malaysia.
Projek Pembangunan Laman Konservasi dan Pendidikan Taman Botani Kuala Terengganu ini akan ditanam pokok-pokok hutan spesies terancam dan endemik dan bakal menjadi satu lagi destinasi pelancongan menarik di bandar raya ini.
Projek Pembangunan Laman Konservasi dan Pendidikan Taman Botani Kuala Terengganu akan menjadi penanda aras kepada projek taman botani seterusnya yang akan dibiayai MPOGCF.
Projek ini juga kan menghantar isyarat yang jelas kepada seluruh dunia kesungguhan dan komitmen industri minyak sawit mampan Malaysia dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.