Skip to main content
MPOGCF telah mengadakan pertukaran dua memorandum perjanjian (MoA) dengan dua rakan strategik iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sabah Softwoods Berhad (SSB).
Majlis pertukaran dua memorandum tersebut diadakan di Conference Room, Tree Plantation Central Office, Brumas, Sabah Softwoods Berhad, Tawau, Sabah. MoA yang pertama adalah bagi projek “Guidelines for Biodiversity-friendly Plantation” antara MPOGCF dan UPM.
Projek yang diketuai Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan dari UPM itu bertujuan menyediakan garis panduan kepada kesemua pemegang taruh dalam industri sawit untuk menangani isu yang melibatkan kelestarian biodiversiti di ladang sawit di negara ini.
MoA yang kedua adalah bagi projek kajian “Bornean Elephant Grass Planting” antara MPOGCF, UPM dan Sabah Softwoods Berhad. Objektif kajian adalah untuk mewujudkan koridor hidupan liar terutamanya gajah di dalam kawasan ladang syarikat Sabah Softwoods Berhad.
Projek kajian itu yang dijalankan oleh empat ahli akademik dari UPM dengan diketuai Prof Madya Dr Hasliza Abu Hassim serta dianggotai Prof Madya Dr Hafandi Ahmad, Dr Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan dan Dr Mohd Huzairi Mohd Zainudin.