Skip to main content
MPOGCF dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) hari ini telah mengadakan Majlis Simbolik Penyerahan Penajaan Papan Tanda Lintasan Hidupan Liar, hasil kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Sesi penyerahan kepada Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, YBrs. Encik Hairulazim bin Mahmud adalah juga bersempena Hari Tapir Sedunia.
MPOGCF menaja 310 papan tanda melibatkan papan tanda lintasan hidupan liar bagi spesis tapir, primat, dan gajah, serta papan tanda amaran gajah dan papan tanda maklumat ‘Dilarang Memberi Makan’ yang akan dipasang di semua negeri di Semenanjung Malaysia dengan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM 394,000.
Pemasangan tersebut akan dibuat di kawasan yang mempunyai kes kemalangan atau ‘roadkill’ melibatkan hidupan liar seperti tapir, gajah, harimau dan lain-lain serta kawasan dimana hidupan liar melintas.