Skip to main content
Industri sawit yang mampan bukan hanya tentang produktiviti tetapi juga bagaimana kita menjaga alam sekitar, melindungi habitat hidupan liar serta memastikan manusia dan alam dapat hidup secara harmoni.
Naratif ini yang ditonjolkan di reruai MPOGCF sempena Malaysian Palm Oil Forum (MPOF) 2026 anjuran Malaysian Palm Oil Council (MPOC) di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Oktober 2026.
Forum yang dirasmikan oleh YB Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, menjadi platform untuk membincangkan hala tuju industri sawit serta cabaran perdagangan global dalam memperkukuh daya saing minyak sawit Malaysia.
Antara pengisian utama forum ialah sesi Sustainability, Carbon Finance and the Energy Transition yang mengetengahkan kepentingan amalan mampan, pembiayaan karbon serta peranan industri sawit dalam menangani perubahan iklim dan menyokong peralihan tenaga.
Dalam usaha menembusi pasaran global dan mengekalkan keyakinan pembeli antarabangsa, perkembangan industri, kelestarian dan konservasi perlu bergerak seiring bagi memastikan minyak sawit Malaysia terus relevan, berdaya saing dan diterima di peringkat antarabangsa.
_____________
A sustainable palm oil industry is not just about productivity, but also about how we protect the environment, conserve wildlife habitats and ensure that humans and nature can coexist in harmony.
This was the key message highlighted at the MPOGCF booth during the Malaysian Palm Oil Forum (MPOF) 2026, organised by the Malaysian Palm Oil Council (MPOC) in Kuala Lumpur on 7 and 8 October 2026.
Officiated by the Minister of Plantation and Commodities, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, the forum served as a platform to discuss the future direction of the palm oil industry and global trade challenges, with a focus on strengthening the competitiveness of Malaysian palm oil.
One of the forum’s key highlights was the session titled Sustainability, Carbon Finance and the Energy Transition, which emphasised the importance of sustainable practices, carbon financing and the role of the palm oil industry in addressing climate change and supporting the energy transition.
As Malaysia seeks to expand its reach in global markets and maintain the confidence of international buyers, industry growth, sustainability and conservation must go hand in hand to ensure that Malaysian palm oil remains relevant, competitive and widely accepted internationally.