Skip to main content
MPOGCF dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (Joint Committee) Program Konservasi Harimau Malaya bagi membincangkan perkembangan semasa serta cadangan program baharu dalam usaha melindungi dan memulihara Harimau Malaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan PERHILITAN, YBhg. Datoโ€™ Fakhrul Hatta bin Musa dan Pengurus Besar MPOGCF, YBrs. En. Hairulazim bin Mahmud. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian, Jabatan PERHILITAN, serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan PERHILITAN dan MPOGCF.
Mesyuarat ini menunjukkan kerjasama erat yang berterusan antara MPOGCF dan Jabatan PERHILITAN dalam memperkukuhkan usaha pemuliharaan Harimau Malaya sebagai warisan biodiversiti negara, memastikan kelangsungan spesies ini untuk generasi akan datang.