Skip to main content
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bekerjasama dengan Earthworm Foundation (EF) bagi menjayakan agenda manusia dan gajah hidup bersama secara harmoni.
Menerusi kerjasama itu, MPOGCF membiayai kos pemasangan pagar elektrik di beberapa lokasi sesuai melibatkan kebun-kebun kelapa sawit di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi yang telah dikenal pasti oleh EF.
Pagar elektrik dirancang dipasang bermula bulan ini. Justeru, satu perbincangan lanjut telah diadakan antara Jabatan Pemuliharaan MPOGCF, MPOB dan EF baru-baru ini bagi memastikan persiapan berjalan lancar.
Pagar elektrik merupakan antara kaedah yang disyorkan bagi mengurangkan Konflik Manusia-Gajah.
Kota Tinggi antara daerah di Johor yang termasuk di bawah Projek Achieving Coexistence with Elephant (ACE) selain Segamat, Kluang dan Mersing.
Antara objektif ACE ialah meningkatkan aspek-aspek keselamatan bagi melindungi manusia dan gajah.
Justeru, pembiayaan dana oleh MPOGCF bagi pemasangan pagar elektrik adalah tepat bagi melindungi gajah-gajah liar yang sering dikaitkan dengan sektor perladangan kelapa sawit.
Kerjasama bersama MPOB dan EF ini juga selaras misi menjadikan MPOGCF sebagai peneraju pemuliharaan hidupan liar dan isyarat jelas kepada seluruh dunia bahawa minyak sawit di Malaysia adalah industri mampan yang memenuhi kriteria 3P – Profit, People and Planet.