Skip to main content
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) mengadakan lawatan kerja ke salah sebuah ladang di bawah pengurusan Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) di Sarawak pada 22 Oktober lalu.
Lawatan kerja ini bagi meninjau inisiatif penanaman pokok yang dilaksanakan oleh pihak ladang SOPB serta membincangkan perancangan pelaksanaan projek rintis penanaman pokok antara MPOGCF dan SOPB yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini sehingga hingga 2028 .
Projek kerjasama ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemuliharaan biodiversiti yang dilaksanakan MPOGCF untuk meningkatkan lagi reputasi industri sawit Malaysia di pasaran global.
Sebelum ini, SOPB telah melaksanakan inisiatif penanaman 19,000 anak pokok daripada pelbagai spesies, antaranyaRubroshorea curtisii (meranti seraya), Maesa ramentacea (raba), Dryobalanops beccarii (kapur bukit), Dacryodes costata (seladah), Dacryodes rostrata (kembayau), Xanthophyllum amoenum (langir), Canarium littorale (kepayan kemayan), Syzygium myrtifolium (pokok ubah), Rubroshorea leprosula (meranti tembaga), Rubroshoreaplatycarpa (meranti paya) dan Shorea peltata (meranti telepok).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen SOPB dalam menyokong pemulihan kawasan hijau, meningkatkan kepelbagaian biodiversiti serta memelihara keseimbangan ekosistem setempat.
Sementara itu, projek rintis penanaman pokok di bawah inisiatif pemuliharaan MPOGCF dan SOPB merangkumi perancangan aktiviti penyediaan polibeg, pengumpulan biji benih dan anak pokok, penyelenggaraan tapak semaian serta penyediaan kawasan dan kerja-kerja penanaman.
Projek ini turut melibatkan perancangan penyediaan sebanyak 8,680 polibeg bagi menyokong aktiviti penanaman pelbagai spesies pokok ke arah pemulihan habitat dan peningkatan kepelbagaian biodiversiti di kawasan yang dikenal pasti.
Lawatan kerja ini turut memberi peluang kepada MPOGCF untuk meninjau keadaan tapak semaian dan kawasan penanaman di samping mendapatkan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai keperluan serta persediaan pelaksanaan projek di lapangan.
MPOGCF terus komited dalam memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti melalui kerjasama strategik bersama pihak industri selaras dengan aspirasi untuk menyokong kelestarian industri sawit Malaysia serta memastikan khazanah alam semula jadi negara terus terpelihara demi generasi akan datang.
__________________________________
The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) conducted a working visit to a plantation managed by Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) in Sarawak on 22 October 2026.
The visit aimed to review the tree-planting initiatives undertaken by SOPB and discuss plans for a proposed pilot tree-planting project between MPOGCF and SOPB, which is expected to be implemented over a two-year period, from 2026 to 2028.
The proposed collaboration forms part of MPOGCF’s ongoing biodiversity conservation efforts, aimed at promoting environmental sustainability and further strengthening the reputation of the Malaysian palm oil industry in the global market.
SOPB has previously planted 19,000 saplings of various tree species, including Rubroshorea curtisii (meranti seraya), Maesa ramentacea (raba), Dryobalanops beccarii (kapur bukit), Dacryodes costata (seladah), Dacryodes rostrata (kembayau), Xanthophyllum amoenum (langir), Canarium littorale (kepayan kemayan), Syzygium myrtifolium (pokok ubah), Rubroshorea leprosula (meranti tembaga), Rubroshorea platycarpa (meranti paya), and Shorea peltata (meranti telepok).
This initiative reflects SOPB’s commitment to restoring green areas, enhancing biodiversity, and maintaining the ecological balance of the surrounding environment.
Meanwhile, the proposed pilot tree-planting project between MPOGCF and SOPB will involve several key activities, including the preparation of polybags, collection of seeds and seedlings, nursery maintenance, site preparation, and tree-planting activities.
As part of the project, a total of 8,680 polybags will be prepared to support the cultivation of various tree species, contributing to habitat restoration and biodiversity enhancement in the identified areas.
The working visit also provided MPOGCF with an opportunity to inspect the nursery and proposed planting sites, as well as gain a better understanding of the requirements and preparations needed for the project’s implementation.
MPOGCF remains committed to strengthening biodiversity conservation efforts through strategic collaborations with industry partners. These efforts align with its broader aspiration to support the sustainability of Malaysia’s palm oil industry while safeguarding the nation’s natural heritage for future generations.