Skip to main content

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) menyediakan 1,500 pek makanan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024.

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk bersama-sama Kumpulan Karangkraf menyediakan hidangan berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai.

“Kami memilih Karangkraf kerana jenama ini dekat di hati rakyat, jadi kami berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan program pada hari ini.

“Ia juga merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), cuma kali ini berbeza kerana kebanyakan program yang telah kami laksanakan melibatkan industri sawit, peneroka dan pekerja sawit,”

Sumber: Sinar Harian