Skip to main content
Dalam usaha menggalakan amalan mampan yang berterusan dalam kalangan pekebun kecil sawit, 𝗠𝗣𝗢𝗚𝗖𝗙 melalui jalinan kerjasama dengan 𝗕𝗮𝗿𝗻 𝗢𝘄𝗹 𝗮𝗻𝗱 𝗥𝗼𝗱𝗲𝗻𝘁 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗮𝗿𝗰𝗵 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 (𝗕𝗢𝗥𝗚), 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗦𝗠) Borg Usm telah secara rasmi melancarkan 𝗕𝗮𝗿𝗻 𝗢𝘄𝗹 𝗳𝗼𝗿 𝗢𝗶𝗹 𝗣𝗮𝗹𝗺 𝗦𝗺𝗮𝗹𝗹𝗵𝗼𝗹𝗱𝗲𝗿𝘀 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 (𝗕𝗢𝗦𝗜) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Huda, Bandar Baharu, Kedah pada awal minggu ini.
Burung #punggukjelapang telah terbukti secara meluas sebagai agen yang berkesan dalam kawalan biologi terhadap tikus perosak di ladang sawit. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa tikus boleh merangkumi sehingga 99 peratus daripada diet pungguk jelapang, manakala sepasang pungguk jelapang dan anak-anaknya boleh memakan kira-kira 1,300 ekor tikus setahun. Dengan kewujudan populasi mereka di kawasan tersebut melalui program #BOSI, pekebun kecil sawit bukan sahaja dapat mengawal dan mengurangkan populasi tikus perosak dengan berkesan, malah dapat meminimumkan penggunaan dan pembelian racun tikus yang sering dikaitkan dengan kesan kimia berbahaya terhadap biodiversiti di ladang sawit dan rantaian makanannya.
Kerjasama ini menyaksikan 𝟮𝟬 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗣𝗢𝗚𝗖𝗙 dipasang, yang direka bentuk dan disediakan dengan matlamat untuk menarik burung pungguk jelapang bagi menggunakan kotak tersebut sebagai tapak sarang yang selamat dan sesuai untuk pembiakan.
Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar MPOGCF, En. Zamakhshari Muhamad dan Ketua Penyelidik BORG USM, Dr. Hasber Salim merangkap Prof. Madya Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM. Turut hadir ialah Penasihat BORG USM, Prof. Dr. Abu Hassan Ahmad dan En. Ahmad Shahdan Kasim, Pengurus Pemuliharaan MPOGCF serta ahli jawantankuasa projek dari #MPOGCF dan #BORGUSM.
Majlis diakhiri dengan pemberian kotak sarang burung pungguk jelapang dan sijil penyertaan kepada pekebun kecil sawit yang terlibat serta demonstrasi pemasangan kotak sarang.