Skip to main content
Sebagai tanda sokongan kepada usaha pemuliharaan hidupan liar, MPOGCF menaja RM10,000 untuk penyediaan makanan, penjagaan veterinar serta rawatan perubatan untuk seekor anak orang utan Borneo di bawah Program Anak Angkat anjuran Zoo Taiping & NIght Safari.
Tajaan itu juga bagi menyokong aktiviti pendidikan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai kepentingan memulihara dan melindungi spesies terancam.
Tajaan itu disampaikan oleh Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Nur Fatin Amirah kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Mohamed Akmal pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-63 Zoo Taiping &Night Safari pada 25 April 2026.
MPOGCF turut membuka reruai untuk mempromosikan aktiviti dan inisiatif pemuliharaan biodiversiti oleh industri sawit Malaysia.
Sambutan bertemakan “Khazanah Alam, Destinasi Keluarga” dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Jejak Kembara Ranjer, Bual Bicara Petugas Zoo, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran, jualan dan aktiviti pengayaan haiwan serta Larian Santai sejauh 2.5 km.
Sambutan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh. Turut hadir, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Dato’ Haji Wan Mohd Razali; dan Pengarah Zoo Taiping & Night Safari, Dr. Muhamad Ridhwan bin Affendi.
___
As a show of support for wildlife conservation efforts, MPOGCF sponsored RM10,000 for the provision of food, veterinary care and medical treatment for a Bornean orangutan infant under the Animal Adoption Programme organised by Zoo Taiping & Night Safari.
The sponsorship also supports educational activities aimed at raising public awareness on the importance of conserving and protecting endangered species.
The contribution was presented by MPOGCF’s Executive of Conservation and Sustainability, Nur Fatin Amirah to the President of Taiping Municipal Council, Mohamed Akmal during the 63rd Anniversary Celebration of Zoo Taiping & Night Safari held on 25 April 2026.
MPOGCF also set up an exhibition booth to promote biodiversity conservation initiatives by the Malaysian palm oil industry.
The celebration, themed “Nature’s Treasure, A Family Destination”, featured a range of engaging activities such as Ranger Trail Exploration, Zoo Keeper Talk Sessions, children’s colouring contest, exhibitions, sales and animal enrichment activities, as well as a 2.5 km Fun Run.
The event was officiated by the Deputy Minister of Education and Member of Parliament for Taiping, Wong Kah Woh. Also in attendance were the Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Y.A.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Dato’ Haji Wan Mohd Razali, and the Director of Zoo Taiping & Night Safari, Dr. Muhamad Ridhwan bin Affendi.