Skip to main content
11 November 2026 | Antalya, Türkiye
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) terus memperkukuh peranan dalam mengetengahkan usaha pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian landskap perladangan Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP31) di Antalya, Türkiye.
Menerusi sesi Pocket Talk bertajuk “Climate-Resilient Agricommodity Landscape: From Commitments to Actions” di Pavilion Malaysia, Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Ahmad Shahdan Kassim, telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Beyond the Plantation: Building Biodiversity and Climate Resilience Across Landscapes” di bawah Kluster Perladangan dan Komoditi.
Pembentangan tersebut menekankan kepentingan mewujudkan coexistence atau keharmonian antara pembangunan industri perladangan dengan pemuliharaan biodiversiti, di samping mengiktiraf peranan landskap pertanian dalam menyokong pemulihan ekosistem, kesalinghubungan habitat dan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Menerusi perkongsian ini, MPOGCF turut mengetengahkan pengalaman, pencapaian dan impak pelaksanaan pelbagai inisiatif konservasi di Malaysia, sekali gus menunjukkan bahawa aktiviti pengeluaran pertanian dan pemuliharaan alam semula jadi boleh bergerak seiring melalui pendekatan bersepadu, kerjasama strategik dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-Based Solutions). Pendekatan ini juga penting dalam membantu industri sawit beradaptasi dengan kesan perubahan iklim, meningkatkan daya tahan landskap perladangan serta menyokong pengurusan sumber alam secara mampan.
Penyertaan ini merupakan satu platform penting bagi MPOGCF untuk membawa pengalaman pelaksanaan projek konservasi di Malaysia ke pentas antarabangsa, memperluas perkongsian pengetahuan serta memperkukuh pengiktirafan terhadap usaha industri minyak sawit Malaysia dalam menyokong agenda biodiversiti, adaptasi perubahan iklim dan pembangunan mampan.
____
11 November 2026 | Antalya, Türkiye
The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) continues to strengthen its role in highlighting biodiversity conservation and sustainability efforts across Malaysia’s plantation landscapes on the international stage through its participation in the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) Conference of the Parties (COP31) in Antalya, Türkiye.
During a Pocket Talk session entitled “Climate-Resilient Agricommodity Landscape: From Commitments to Actions” at the Malaysia Pavilion, MPOGCF’s Conservation and Sustainability Manager, Ahmad Shahdan Kassim, delivered a presentation titled “Beyond the Plantation: Building Biodiversity and Climate Resilience Across Landscapes” under the Plantation and Commodities Cluster.
The presentation emphasised the importance of fostering coexistence between plantation industry development and biodiversity conservation, while recognising the role of agricultural landscapes in supporting ecosystem restoration, habitat connectivity and climate resilience.
Through this sharing session, MPOGCF also highlighted Malaysia’s experiences, achievements and the impact of various conservation initiatives, demonstrating that agricultural production and nature conservation can go hand in hand through integrated approaches, strategic collaborations and Nature-Based Solutions (NbS). Such approaches are also essential in helping the palm oil industry adapt to the impacts of climate change, enhance the resilience of plantation landscapes and promote the sustainable management of natural resources.
This participation provided an important platform for MPOGCF to bring Malaysia’s on-the-ground conservation experiences to the international stage, expand knowledge-sharing opportunities and strengthen international recognition of the Malaysian palm oil industry’s efforts in supporting biodiversity, climate change adaptation and sustainable development agendas.