Skip to main content

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) memerlukan sokongan rakan strategik untuk memperbetulkan persepsi negatif Barat terhadap industri minyak sawit negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata, ia kerana industri minyak sawit negara tidak seburuk yang diperkatakan dan bukan mengabaikan diversiti dan hidupan seperti Orang Utan.

Mad Zaidi berkata, MPOGCF banyak menjalankan aktiviti yang boleh menyumbang bukan saja dalam konteks ekonomi tetapi juga alam sekitar dan diversiti.

 

Sumber: Harian Metro

 

Sumbangan sebanyak RM1,000 itu disampaikan oleh Pengerusi MPOGCF, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli pada Majlis Jalinan Kasih Ramadan MPOGCF dan Rakan Strategik kepada wakil Jamhariah, Razali Awang Abdullah.

Selain itu, Pertubuhan Bekas Kakitangan STMB (EraTV) yang diwakili Ahli Jawatankuasanya, Nurfarahin Jamsari menerima sumbangan sebanyak RM4,000 manakala Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Rukaiyah yang diwakili Siti Eshah Din menerima sumbangan RM4,000.

Sumber: Malaysiagazette