Skip to main content
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) telah menaja RM500,000 bagi pembinaan sangkar burung atau aviari di Taman Burung, Mini Zoo Kuala Krai, Kelantan.
Tajaaan itu juga bagi prmbelian pelbagai spesies burung termasuk spesies terancam antaranya Burung Serindik, Ruak-ruak, Tiong mas, Punai daun, Ayam Mata Merah, Burung hantu, Puchong malam, Helang Merah, Barau-barau dan Enggang.
Tajaan kepada Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) itu juga bagi mewujudkan Terowong Ilmu yang turut menempatkan maklumat mengenai MPOGCF dan inisiatif serta projek pemuliharaan yang telah dan sedang dijalankan.
Mini Zoo Kuala Krai itu telah dibuka semula selepas ditutup sejak 2011.
Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Ahmad Yakob telah merasmikan pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai itu pada 28 Julai 2022.
Mini Zoo Kuala Krai bakal menjadi destinasi pelancongan baharu di jajahan itu dan dalam masa yang masa menjadi pusat konservasi hidupan liar, pusat pendidikan selain merangsang perkembangan ekonomi penduduk setempat.