Skip to main content
MPOGCF taja program latihan untuk pekebun kecil kelapa sawit
Kira-kira 50 pekebun kecil kelapa sawit di Jeli, Kelantan, telah menghadiri Kursus Latihan Biodioversiti dan High Conservation Value (HCV) yang diadakan selama dua hari pada 18 Mei dan 19 Mei 2022.
Sambutan daripada peserta amat menggalakkan dan kebanyakan mereka memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini,
Kaedah penyampaian latihan melibatkan kuiz individu, perbincangan kumpulan dan persembahan video.
Setiap peserta diberikan sijil penyertaan selepas tamat kursus latihan.
Objektif program ini ialah mendedahkan pekebun kecil kelapa sawit mengenai Biodiversiti dan HCV, proses mematuhi dan/atau mengekalkan Pensijilan Lestari dan keperluannya sama ada secara mandatori atau sukarela.
Program ini berfungsi sebagai latihan kesedaran dengan bimbingan oleh jurulatih yang disediakan Sime Darby Plantation dan Sime Darby Ecogardens Sdn Bhd.
Matlamat program ini melahirkan jurulatih dalam negara dari kalangan pekebun-pekebun kecil untuk beberapa tahun akan datang.
Program ini julung-julung kali diadakan dan akan diteruskan di beberapa lokasi di beberapa negeri seperti di Johor, Perak dan Negeri Sembilan.
Ia dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) selaku penaja, Sime Darby Plantation dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM).