Skip to main content
MPOGCF taja Projek Laman Konservasi Aviari di Kuala Krai
Masyarakat di Kelantan, terutamanya di Kuala Krai, berpeluang melihat burung-burung khususnya spesis terancam di mini zoo yang bakal dibina di daerah ini, tidak lama lagi.
Projek Laman Konservasi Aviari ini adalah sebahagian dari komponen mini zoo yang diuruskan oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK).
Selain itu, terowong ilmu juga akan diwujudkan untuk memberi maklumat berkenaan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar oleh industri minyak sawit Malaysia melalui MPOGCF.
MPOGCF akan membekalkan burung-burung dengan keutamaan kepada spesies terancam di samping membiayai sepenuhnya pembinaan sangkar bagi menempatkan burung tersebut.
MPOGCF bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan nasihat berkenaan spesies burung yang sesuai dan sering dikaitkan dengan industri minyak sawit.
Bagi menjayakan projek ini, pihak MPOGCF yang diketuai Pengurus Besar, YBrs. En. Zamakhshari Muhamad telah turun padang melawat tapak projek itu pada 18 April 2022.
Setiausaha MDKK, Encik Muhammad Zaidi Mat Jusoh telah mengetuai lawatan ke tapak projek itu yang turut disertai pihak kontraktor yang dilantik untuk membangunkan projek berkenaan.
Majlis perasmian Projek Laman Konservasi Aviari ini dijangka diadakan penghujung Mei depan.