Skip to main content

Industri minyak sawit mampan Malaysia menawarkan kelebihan daya saing yang lebih baik berbanding minyak sayuran lain walaupun berhadapan pelbagai bentuk halangan bukan tarif termasuk akses pasaran yang terhad, amalan perdagangan yang diskriminasi dan persepsi negatif yang semakin meningkat.

Justeru, kerajaan Malaysia mengharapkan sokongan semua lapisan masyarakat untuk menyebarkan fakta dan maklumat tepat bagi menentang kempen anti-kelapa sawit dan menyangkal dakwaan penebangan hutan yang dikaitkan dengan industri minyak sawit Malaysia.

Eksport minyak sawit menyumbang kepada RM102 bilion pada 2021 peningkatan 40% daripada RM73 bilion pada 2020.

Malaysia menyumbang 24% daripada pengeluaran minyak sawit global dan 31% daripada eksport dunia pada 2021.