Skip to main content
𝗣𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗶𝗿𝗱 𝗥𝗮𝗰𝗲 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
𝘚𝘶𝘢𝘬𝘢 𝘉𝘶𝘳𝘶𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘯𝘵𝘪, 𝘏𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘚𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘵𝘪, 𝘒𝘰𝘵𝘢 𝘛𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘑𝘰𝘩𝘰𝘳
MPOGCF merupakan antara penaja program Panti Bird Race Johor 2024 yang diadakan sempena Hari Hutan Antarabangsa pada 27 hingga 28 April 2024 di Suaka Burung Panti, Kota Tinggi, Johor.
MPOGCF turut membuka reruai bagi menyokong usaha mempromosi kawasan perlindungan avifauna (burung) yang juga mempunyai kaitan dengan pemuliharaan biodiversiti di ladang-ladang sawit di Malaysia.
Pelepasan peserta-peserta Panti Bird Race 2024 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Johor, Dato’ Haji Salim Aman pagi tadi dan acara itu turut dihadiri Pengurus Besar MPOGCF, Encik Hairulazim Mahmud.
Untuk makluman, Suaka Burung Panti yang kaya dengan lebih 200 spesies burung tempatan dan lebih 30 burung migrasi adalah di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.