Skip to main content
Pada 16 dan 17 Mac, Eksekutif MPOGCF telah melakukan pemantauan gajah ke ladang sawit di sekitar Kluang dan Kota Tinggi Johor dan disertai eksekutif Management and Ecology of Malaysian Elephants (MEME) serta penglibatan daripada FELDA Lok Heng Barat, FELDA Pasak dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Aktiviti pemantauan dilakukan bagi melihat secara terperinci kehadiran gajah dan beberapa kaedah digunakan seperti tracking, radio transmitter, dron dan camera trapping (perangkap kamera).
Perangkap kamera telah merakam kehadiran hidupan liar serta pergerakan gajah yang aktif dengan menjumpai kesan tapak kaki gajah, najis dan anak pokok yang bercambah dari najis gajah.
Uniknya, najis gajah ini menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan hutan di sepanjang laluannya. Ini menunjukkan gajah merupakan satu spesies yang penting dan berperanan sebagai jurutera dalam mengembangkan ekosistem hutan.