Skip to main content
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) menyertai persidangan pemuliharaan yang julung kali diadakan di Malaysia.
Persidangan Pemuliharaan Malaysia atau Malaysia Conservation Conference 2022 dianjurkan Sarawak Forestry Corporation (SFC) selama 4 hari bermula 29 Mac bertempat di Hotel Imperial Kuching, Sarawak.
MCC 2022 itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sabah Parks dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.
MPOGCF turut membuka ruang pameran sempena MCC 2022.
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah merasmikan MCC 2022.
Dalam ucapan perasmian, Premier Sarawak berkata, Kerajaan Sarawak telah menetapkan 6 juta hektar keluasan hutan termasuk 1 juta hektar hutan dilindungi sebagai komitmen mengekalkan kehijauan.
Katanya, SFC juga telah dipisahkan daripada Jabatan Perhutanan Sarawak supaya tumpuan juga diberikan kepada pemuliharaan hidupan liar.
“Ini antara bukti komitmen Kerajaan Sarawak kepada pemuliharaan,” katanya.