Skip to main content
27 Julai 2025 – Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) telah menyertai Program Hope For Nature anjuran Junior Chamber International (JCI) yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Cheras.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan termasuklah aktiviti mewarna, demonstrasi pembuatan baja daripada sisa buangan dan pelbagai lagi. MPOGCF turut mengambil kesempatan untuk memberi penerangan mengenai usaha-usaha pemuliharaan yang telah dijalankan oleh industri sawit Malaysia, yang disampaikan oleh Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan, Fazrin Munirah Atan.
Melalui program seperti ini, diharapkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dapat dipupuk, khususnya dalam kalangan generasi muda.
___________________________________________________________
27 July 2025 – The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) participated in the Hope For Nature Program, organized by Junior Chamber International (JCI) at Sunway Velocity Mall, Cheras.
The program featured a variety of exciting activities, including colouring sessions, a demonstration on producing fertilizer from waste materials and more. MPOGCF also took the opportunity to share about the conservation efforts undertaken by Malaysia’s palm oil industry, presented by Fazrin Munirah Atan, Executive of Conservation and Sustainability.
Through initiatives like this, we hope to encourage young people to understand and appreciate the importance of protecting the environment.