Skip to main content
MPOGCF telah menaja sebanyak 1,500 pek makanan bagi program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Dataran Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada 1 April 2024.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Pengurus Pemuliharaan MPOGCF, Encik Ahmad Shahdan Kasim memberi penerangan ringkas mengenai yayasan ini.
Program dimeriahkan dengan aktiviti kuiz berkaitan MPOGCF di pentas utama serta sesi penerangan dan permainan Mampan Spin di reruai MPOGCF.
Pengurus Besar MPOGCF, Encik Hairulazim Mahmud turut menghadiri program tersebut dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz.