Skip to main content
23 Feb 2024: Pengurus Besar dan kakitangan MPOGCF hadir ke program ‘The Big and Grand Plantation Future Fest ’24’ yang dianjurkan oleh Sime Darby Plantation Ecogardens, syarikat subsidiari Sime Darby Plantation Berhad bertempat di Sime Darby Plantation R&D Centre, Pulau Carey, Selangor.
Program tersebut menampilkan pelbagai pameran berbentuk pendidikan dan hiburan serta aktiviti yang menyeronokkan. Tetamu juga dapat mengetahui perkembangan terkini industri sawit serta berpeluang mengenali dengan lebih dekat perladangan masa depan melalui pameran dan demonstrasi dron, jentera berautomasi serta teknologi robotik.
Selain itu, tetamu yang hadir turut diperkenalkan dengan benih kelapa sawit terbaik dunia serta pelbagai aktiviti berteraskan perladangan sawit.