Skip to main content

Pendapatan hasil eksport produk sawit Malaysia berjumlah RM91.4 bilion dalam tempoh Januari – November 2021, meningkat sebanyak 48% berbanding RM65.3 bilion dalam tempoh yang sama pada 2020.
Untuk tahun 2022, pendapatan eksport produk sawit negara disasarkan RM100 bilion.

Berikut merupakan 5 fakta penting industri minyak sawit Malaysia :

Penyumbang ke-4 terbesar ekonomi Malaysia.
Minyak sawit penyumbang terbesar eksport komoditi Malaysia.
Minyak sawit Malaysia merangkumi 24% pengeluaran minyak sawit dunia dan 31% jumlah eksport dunia (setakat Nov 2021).
India merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia (3.2 juta tan, Jan-Nov 2021), diikuti China, Kesatuan Eropah, Turki dan Pakistan.
Industri minyak sawit negara akan meneroka pasaran eksport baharu di rantau Asia Barat terutama Iran dan Asia Selatan seperti Sri Lanka dan Bangladesh