Skip to main content
Tiga pemohon geran penyelidikan bentang cadangan kajian
21 Feb 2024: Tiga penyelidik dari pusat pengajian tinggi telah membentangkan cadangan kajian penyelidikan kepada Jawatankuasa Penilaian Projek MPOGCF, hari ini.
Mereka ialah Dr. Mohd Yusoff Ishak dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Dr. Priscillia Miard dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Tijmen A. de Lorm dari Imperial College London.
Tiga penyelidik ini merupakan antara pemohon dana projek penyelidikan yang disediakan oleh industri sawit Malaysia dan geran ini diuruskan MPOGCF menerusi MyMampan.
Jawatankuasa Penilaian Projek MPOGCF berperanan menilai cadangan-cadangan kajian penyelidikan oleh pemohon dana, seterusnya memilih projek kajian yang dapat membantu meningkatkan imej industri sawit Malaysia di peringkat global.
Jawatankuasa Penilaian Projek MPOGCF dianggotai enam ahli iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Projek, Dr. Ramle Moslim; Pengarah Bahagian Kawasan Perlindungan, Jabatan PERHILITAN, Salman Saaban; Penolong Setiausaha Kanan, Unit Kelestarian Industri Sawit, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Siti Rahah Mohamed Mohayaddin.
Felo Penyelidik, UKM, Prof. Emeritius Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad; Pengurus Kemampanan, Promosi dan Komunikasi MPOC, Anthony K. Veerayan dan Pengurus Besar Kanan, Sustainability Technical Department, Group Sustainability Divison FGV Holding Berhad, Ilangovan A/L Kanthan.