Skip to main content

Buat pertama kali, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) bekerjasama dengan Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) menganjurkan Forum Biodiversiti, baru-baru ini.

Bertemakan ‘Green Conservation for a Sustainable Future’ program di Dewan Kuliah 3 Fakulti Sains, universiti itu dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-65 (Jubli Nilam) Fakulti Sains, UM.

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, matlamat program itu untuk berkongsi maklumat dan perkembangan terkini mengenai aktiviti pemuliharaan di ladang sawit kepada ahli akademik dan pelajar universiti.

 

Sumber: Harian Metro