Skip to main content
Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) telah mengadakan lawatan ke War Room Konservasi Hidupan Liar di Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) pada 10 Feb 2023.
Taklimat operasi War Room diberikan oleh Bahagian Konservasi Hidupan Liar termasuk taklimat pengerakan gajah di daerah Kota Tinggi, Johor dan tentang status Johor Elephant Sanctuary (JES).
Lawatan ke War Room Konservasi Hidupan Liar ini turut disertai delegasi daripada Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM).
Perbincangan lanjut juga diadakan antara Pengurus Konservasi, Encik Ahmad Shahdan Kassim dan Eksekutif Pemuliharaan MPOGCF, Encik Shafiq Nazari dengan Encik Salman bin Haji Saaban, Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) Proboscidea.
MPOGCF merupakan Rakan Strategik Konservasi Gajah Asia di Semenanjung Malaysia.