Skip to main content
Sesi tersebut telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli pada 20 Mei 2024 bagi mendapatkan maklum balas semua pemegang taruh untuk mengenal pasti permasalahan dan isu berkaitan gajah yang dihadapi di Daerah Jeli.
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot interaksi gajah-manusia di Daerah Jeli. Seterusnya, berdasarkan data-data kawasan hotspot ini, keperluan untuk mewujudkan koridor gajah akan ditentukan.
Sekiranya data-data yang diperolehi menunjukkan bahawa koridor gajah perlu diwujudkan di Daerah Jeli, maka cadangan lokasi untuk dijadikan koridor gajah dan jenis-jenis tumbuhan yang sesuai ditanam di sepanjang koridor tersebut akan diusulkan kepada pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangani permasalahan ini.
Sesi libat urus itu dihadiri oleh Pengarah PERHILITAN Kelantan, Encik Mohamad Hafid bin Rohani; Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi merangkap Ketua Projek, Prof Madya Ts Dr Kamarul Ariffin bin Kambali serta Pengurus Kewangan dan Pentadbiran MPOGCF, Encik Ismail bin Harun.
Turut hadir, wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, pensyarah-pensyarah serta ketua-ketua kampung yang mempunyai kaitan dan kepentingan dengan kawasan konflik gajah-manusia di Daerah Jeli.
Sesi libat urus yang pertama bersama ketua-ketua kampung telah diadakan di Pejabat Majlis Daerah Jeli pada 25 Januari 2024 dan sesi terakhir dijangka akan diadakan pada penghujung Jun ini.
Projek Kajian Kesesuaian Mewujudkan Koridor Gajah di Daerah Jeli, Kelantan dijadualkan selesai pada Jun 2024.