Skip to main content
3 fakta ini menerangkan konsep MAMPAN dalam industri minyak sawit Malaysia
1. Definisi konsep MAMPAN.
Pembangunan bagi memenuhi keperluan masyarakat sekarang tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang yang seiring kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Ringkasnya, pembangunan yang seiring dengan kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
2. Industri minyak sawit Malaysia seiring kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Kesejahteraan ekonomi – Industri minyak sawit menjadi sumber ekonomi kepada 650,000 pekebun kecil luar bandar. Tanaman kelapa sawit membantu merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan infrastuktur masyarakat bandar dan luar bandar sekaligus mewujudkan kestabilan sosia-ekonomi.
Sosial – Majikan tertakluk di bawah Akta Pekerja 1955 dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di mana majikan perlu melayan pekerja tempatan dan asing secara adil. Pekerja yang enggan bekerja tidak boleh dipaksa dan mengguna buruh kanak-kanak dilarang sama sekali.
 Alam sekitar – Konsep Ekonomi Kitaran dengan mengguna pakai semula sisa buangan untuk dijadikan produk baharu yang ditambah nilai.
Sebagai contoh, penggunaan batang kelapa sawit sebagai bahan mentah produk perkayuan dan isirung sawit bagi menggantikan makanan ayam.
Konsep ini bukan saja mengurangkan jumlah sisa buangan industri malah dapat mengurangkan kadar pelepasan karbon.
3. Industri minyak sawit MAMPAN Malaysia.
Industri minyak sawit dikawal sepenuhnya kerajaan melalui sekurangnya-kurangnya 15 akta dan peraturan seperti Akta Pekerja, Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-peraturan MPOB (Perlesenan) 2005.
Pensijilan Minyak Sawit MAMPAN Malaysia (MSPO) memastikan industri sawit bermula peringkat huluan (perladangan) perlu mematuhi Amalan Pertanian Baik, sehinggalah peringkat pertengahan (kilang memproses minyak sawit) dan peringkat hiliran (penghasilan produk hasil sawit nilai tambah) perlu menjaga alam sekitar yang menjadi komponen utama dalam amalan MAMPAN.
Minyak sawit MAMPAN Malaysia penuh kebaikan.
Malaysian sustainable palm oil, full of goodness.