Skip to main content
Keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia ialah 5,865,297 hektar.
Sarawak mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit terbesar iaitu 1,584,520 hektar diikuti Sabah dengan 1,543,054 hektar.
Dengan keluasan hampir 5.9 juta hektar itu, Malaysia menjadi pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia.
Keluasan tanaman kelapa sawit di Indonesia dilaporkan 14.6 juta hektar.
Indonesia membekalkan 60% minyak sawit dunia, Malaysia pula membekalkan 30% dan 10% lagi datang dari negara-negara seperti Thailand, Colombia dan Nigeria.
Malaysia telah menetapkan keluasan maksimum tanaman kelapa sawit kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penerokaan tanah bagi membuka ladang-ladang baharu bukan lagi menjadi keutamaan.
Sebaliknya, kerajaan Malaysia menggalakkan aktiviti penanaman semula dan usaha-usaha meningkatkan hasil dan kualiti minyak sawit melalui penyelidikan untuk penghasilan baka, baja dan penggunaan peralatan jentera moden.