Skip to main content
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meluangkan masa mengunjungi reruai MPOGCF pada program Bengkel Pengenalan Standard MSPO (MS2530:2022) dan Aspek Sosial Dalam Perniagaan di Hotel Margherita Plaza Bintulu, Sarawak, 27 April 2024.
Siri jelajah berkenaan dihadiri lebih 400 peserta yang terdiri daripada pekebun kecil kelapa sawit.
Amalan penanaman kelapa sawit yang mampan membolehkan mereka memperoleh hasil sawit yang berkualiti dan mudah untuk dipasarkan tanpa berdepan sebarang isu atau masalah pada masa hadapan.
Beliau juga menegaskan kerajaan serius dalam menyelesaikan isu sosial dan alam sekitar seperti isu buruh paksa, Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) dan isu biodiversiti yang boleh menjejaskan potensi eksport minyak sawit sekiranya tidak ditangani.