Skip to main content
Perkembangan laporan kemajuan projek dan pelaporan kewangan oleh Sime Darby Plantation (SDP) telah dibentangkan pada 14 Februari 2024. Setakat ini projek telah berjalan sebanyak 40 peratus daripada jangka masa 24 bulan di kawasan berkeluasan 50 hektar tanah gambut di Ladang Lavang Sime Darby Plantation. Penilaian Biodiversiti oleh pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah dijalankan dan laporan akhir akan diserahkan kepada MPOGCF.
Dalam masa yang sama, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan membekalkan benih atau anak pokok secara berfasa sebanyak 30,000 anak pokok. JHS juga akan menanggung kos pengangkutan dan nasihat teknikal kaedah penanaman anak pokok.
Bagi pengurusan nurseri, SDP akan menyediakan nurseri khas untuk menempatkan 10,000 anak pokok dalam satu masa. Anak pokok akan dibekalkan daripada nurseri Jabatan Hutan Sarawak. Selain daripada itu, pembelian anak pokok daripada kontraktor tempatan dan penduduk kampung akan turut dilaksanakan. Ini bagi meningkatkan kepelbagaian spesis pokok di kawasan tersebut. Pemilihan anak pokok adalah berdasarkan saranan RSPO Amalan Terbaik Perladangan (BMP) pemulihan tanah gambut dan juga pakar botani.
Aktiviti penanaman dan penyelenggaraan akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka bermula pada bulan April sehingga Jun 2024. Lawatan tapak turut dirancang pada Jun 2024.