Skip to main content
Kerja lapangan bagi projek kajian‘Oil Palm Plantation Landscape As Wildlife Refugee: A Way Forward For Wildlife Friendly’ sedang berlangsung pada 26 Disember 2023 dan dijangka tamat pada 18 Februari 2024 di ladang sawit sekitar Johor. Tujuan projek kajian UKM ini ialah untuk ‘inventori biodiversity’ seperti mamalia, burung, herpetofauna, serangga dan flora serta kajian yang lebih terperinci terhadap kumpulan taksa tertentu. Kawasan kajian dipilih mengikut tiga bentuk landskap ladang sawit yang berbeza iaitu ladang tanpa hutan, ladang sebelah hutan dan ladang mempunyai tompok hutan di empat negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.
Pasukan MPOGCF telah turun padang melakukan pemantauan pada 8 hingga 10 Februari 2024. Projek kajian ini menggunakan perangkap sangkar yang digunakan bagi haiwan seperti mamalia dan reptilia, jaring kabut bagi burung dan kelawar, perangkap lubang besar bagi herpetofauna, perangkap dulang kuning digunakan untuk serangga dan kuadrat membulat bagi flora. Hasil pemantauan mendapati kehadiran spesis hidupan liar seperti Pekaka Belukar/Pekaka Dada Putih (Halcyon Smyrnensis), ayam hutan (Gallus gallus), landak, tapir (Tapirus indicus), kucing hutan (Prionailurus planiceps), landak dan gajah.
Hasil kajian ini membantu melengkapkan maklumat asas berkaitan biodiversiti yang terdapat di dalam landskap ladang sawit tertentu, serta membantu usaha menjadikan segala aspek pengurusaan ladang lebih efektif bagi meminimumkan konflik manusia-hidupan liar.
Kerja lapangan seterusnya dijangka diadakan pada bulan Mei 2024 di Kelantan.