Skip to main content
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan Taman Botani Bangi (TBB) di kampus induk di Bangi, hari ini, 1 Jun 2022.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak telah merasmikan TBB.
Pengurus Besar Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF), YBrs Encik Zamakhshari Muhamad turut menghadiri majlis itu.
TBB ditubuhkan pada Ogos 2020 dengan keluasan 295 ekar merupakan gabungan empat unit iaitu Kompleks Rumah Tumbuhan, Taman Paku Pakis, Taman Herba dan Hutan Simpan Kekal UKM.
Objektif penubuhan TBB antara lainnya ialah menjadi pusat pemuliharaan dan pemeliharaan biologi flora dan fauna serta menjadi pusat rekreasi bagi warga UKM dan penduduk setempat.
TBB menyediakan perkhidmatan sewaan plot ladang untuk penyelidikan serta industri dan menawarkan kepakaran bidang taksonomi, mikrobiologi, entomologi, anatomi, palinologi dan bioteknologi tumbuhan.