Skip to main content

Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) dengan dua rakan strategik iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sabah Softwoods Berhad (SSB).

Permeteraian MoA itu diwakili Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud, Pengarah Institut Pertanian Tropika & Sekuriti Makanan UPM, Prof. Dr. Anjas Asmara @ Ab Hadi Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Datuk Mohd. Daud Tampokong

MoA pertama adalah bagi projek ‘Guidelines for Biodiversity-friendly Plantation’ antara MPOGCF dan UPM dengan peruntukan sebanyak RM298,462 yang mengambil masa setahun.

Sumber: Kosmo

MALAYSIAN Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan dua rakan strategik iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sabah Softwoods Berhad (SSB) bagi ‘Guidelines For Biodiversity-Friendly Plantation’ dan projek kajian ‘Bornean Elephant Grass Planting’.

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, penerbitan garis panduan mesra biodiversiti merupakan projek pertama yayasan bersama UPM.

Menurutnya, ia dijadualkan mengambil mengambil masa setahun dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM298,462.50 yang disalurkan MPOGCF.

 

Sumber: Sinar Harian